Bukan Kim Jiwon, Artis Wanita Ini Terlebih Dahulu Terima Tawaran Untuk Terajui ‘Queen Of Tears’

13 Mar 2024 • 12:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Tidak dinafikan bahawa Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won mempunyai keserasian yang hebat dalam “Queen of Tears” kan?

Sudah 2 episod bersiaran, “Queen of Tears” mengikuti Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won sebagai pasangan suami isteri mendebarkan, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.

Untuk pengetahuan, sebelum memilih Kim Ji-won sebagai pelakon utama wanita, IU terlebih dahulu telah menerima tawaran untuk terajui drama yang sama.

image is not available

Bagaimanapun, agensi wanita itu menjelaskan bahawa IU terpaksa menolak tawaran itu dengan baik, mengecewakan ramai peminat yang ingin melihat reunion mereka selepas “The Producers”.

Semoga lepas ni ada peluang untuk lihat mereka berlakon bersama sekali lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.