Bukan Lagi Berlima, Peminat Terhibur Tapi Sedih Lihat Daesung Ingatkan BIGBANG Hanya Tinggal 3 Ahli

Music
13 May 2024 • 12:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, memang semakin nyata lah bahawa BIGBANG hanya tinggal 3 ahli kini..

Terbaru menerusi rancangan Daesung di YouTube, dia bersama dengan Lee Yu-bi, Yong-hwa CNBLUE dan Lee Joon MBLAQ telah berborak tentang pelbagai topik.

Pada awal siaran, Daesung berkongsi bahawa ahli BIGBANG adalah idola yang jarang keluar dan hanya akan meluangkan masa di dalam bilik menunggu sebelum rakaman bermula.

Soal Lee Yu-bi,

Jadi awak berlima adalah I (MBTI)?

Jawab Daesung dengan menegaskan sambil ketawa,

Betul. Kami bertiga.

Alooo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.