

Berita baik kepada pengguna jalan raya dengan saman yang masih tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menawarkan diskaun saman selama enam bulan bermula esok, 3 Januari hingga 30 Jun akan datang.
Kompaun khas iaitu pengurangan daripada RM300 kepada RM150 kini ditawarkan untuk tiga jenis notis saman JPJ iaitu:

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, sekiranya saman ini tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, pesalah trafik tidak akan dapat memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan kenderaan.
Saluran Pembayaran Saman
Untuk memudahkan pembayaran, saman boleh dijelaskan melalui:
Namun, pembayaran saman ini tidak boleh dilakukan melalui platform MyEG atau Pos Malaysia.

Sistem Mata Demerit Dihentikan Sementara
Anthony turut mengumumkan bahawa pengumpulan mata demerit akan dihentikan sementara bermula 5 Januari hingga 30 Jun 2024. Dalam tempoh ini, JPJ akan menilai semula kaedah pelaksanaan Sistem Mata Demerit bagi meningkatkan keberkesanannya.


