
Lagenda Kaldi di sebalik logo kontroversi Zus Coffee
Bukan Lambang Dewa Zeus, Ini Kisah Disebalik Logo Zus Coffee. Seperti biasa, ramai yang mempertikaikan penggunaan logo Zus Coffee dan mendakwa logo tersebut adalah imej Zeus, dewa dalam Mitologi Yunani. Lebih-lebih lagi krisis yang sedang berlaku di Palestin, ramai mula beralih ke produk lain sebagai tanda solidariti dengan penduduk Gaza.
Bagaimanapun, baru- baru ini seorang pengguna X menerangkan bahawa logo Zus Coffee tersebut tidak melambangkan dewa Zeus, namun ia sebenarnya homage buat lagenda Kaldi.
Kisah lagenda Kaldi
Untuk makluman, menurut sumber, Kaldi atau Khalid merupakan seorang pengembala kambing Arab dari Habsyah (Ethiopia) di mana menurut legenda, merupakan lelaki pertama yang menemui keistimewaan biji kopi.
Malah, menurut sejarah, Kaldi membuat penemuan itu apabila melihat kambing peliharaannya makan buah beri berwarna merah dan menjadi sangat bertenaga dan aktif, membuatnya rasa mahu mencubanya sendiri.
Selepas itu, difahamkan beliau telah membawa buah beri tersebut ke tempat ibadah di sebuah kampung.
Selepas bercerita tentang penemuannya, ketua sami di tempat tersebut berkata beri tersebut adalah ‘buah jahat’ dan mencampaknya ke unggun api berdekatannya. Apa yang mereka tidak jangka adalah aroma yang dihasilkan apabila biji kopi tersebut dipanggang tanpa tidak sengaja.
Kemudian, mereka cuba menghasilkan minuman dengan buah tersebut dan mendapati minuman tersebut membuatkan mereka kekal segar dan dapat beribadat dalam tempoh yang lama.
Sementara itu, mereka mula berkongsi tentang penemuan itu dengan pusat ibadah yang lain dan kenikmatan minuman itu kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.
Zus Coffee halal
Sekadar info, Zus Coffee juga secara rasminya telah mendapat pengiktirafan Halal secara sah daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
