Bukan Letak Dalam Maggi Je, Ini Resipi Nasi Goreng Ketam

Cooking
21 Aug 2023 • 9:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bukan Letak Dalam Maggi Je, Ketam Juga Boleh Dijadikan Hidangan Nasi Goreng & Ini Resipinya

Kebiasaannya, kalau tengah lapar kita mesti akan masak Maggi dan kalau nak lebih mewah sedikit, letak ketam sebagai hidangan sampingan.

Pun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa selain daripada Maggi, ketam juga boleh dijadikan sebagai nasi goreng.

Menerusi perkongsian di blog Fizalgk, dia berkongsi cara memasak nasi goreng ketam dengan cepat dan mudah.

Tak perlukan banyak bahan pun, yang pasti rasanya memikat selera. Mari ketahui resipinya di bawah ini.

Assalamualaikum,

Selalunya untuk menu makan malam keluarga saya memilih sesuatu yang ringkas seperti nasi goreng. Sesekali boleh cuba kelainan dan menambah kepelbagaian dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk di rumah kita.

Ketam bukan sahaja sedap di masukkan ke dalam mee atau maggi, tetapi ketam rebus juga sedap jika isinya di campur kedalam nasi goreng. Nasi goreng ketam juga enak di hidangkan dengan taburan cili Thai dan memang membuka selera.

Seperti biasa resepinya mudah sahaja tetapi rasanya pasti tidak mengecewakan.

Resipi Nasi Goreng Ketam

image is not available
Kredit: Fizalgk

Bahan-bahan:

Dua sudu besar minyak masak

Empat ulas bawang putih – di cincang

Satu biji telur

Dua cawan nasi sejuk – di peroi

1/2 cawan isi ketam yang di rebus

Dua sudu teh kicap cair

Satu sudu teh kicap sotong

1/2 sudu teh gula

1/2 sudu teh lada sulah

Satu tangkai daun bawang di hiris nipis

Sedikit serbuk cili thai

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna, pecahkan pula telur sambil di kacau.

image is not available
Kredit: Fizalgk

2. Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.

image is not available
Kredit: Fizalgk

image is not available
Kredit: Fizalgk

3. Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.

image is not available
Kredit: Fizalgk

4. Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur dan matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai, potongan limau dan cili padi.

image is not available
Kredit: Fizalgk

Sumber: Fizalgk