
Axia Buktikan ‘Adik King’ Tak Kenal Halangan
Bukan Myvi, Kini Axia Pula Buat Hal Dalam Sampan Di Marudi. Kalau sebut sahaja Perodua Myvi, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan gelaran “King of the Road” kerana reputasinya yang sering tampil dalam pelbagai situasi unik.
Baru-baru ini, adik King Myvi pula, perodua Axia mencuri perhatian rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sarawak apabila sebuah video tular menunjukkan kereta ikonik ini berada di dalam sebuah sampan.

Video yang dikongsikan di TikTok itu memperlihatkan sebuah Perodua Axia yang ‘naik’ di atas sampan seolah-olah ia sedang ditunda menyeberangi sungai di kawasan Marudi, Baram, Sarawak. Kejadian ini nyata mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan ke‘legend’an kereta tersebut.
King Of The River? Netizen Berdekah Axia Dalam Sampan Di Marudi
Di ruangan komen, netizen tidak melepaskan peluang untuk melontarkan jenaka mengenai situasi luar biasa itu. Ada yang berdekah melihat bagaimana Axia ‘berani’ duduk dalam sampan, malah ada juga yang tertanya-tanya bagaimana kereta itu boleh naik ke atas sampan dan bagaimana pula ia akan turun nanti.
KING BORNEO #myvibuathal
Jadi, kepada semua peminat Axia, ini adalah satu bukti bahawa kereta ini adalah “King of the River”.
