Bukan Perayaan Asing, Hari Thaiponggal Eratkan Perpaduan Negara – Aaron

LocalPolitics
15 Jan 2024 • 7:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Rakyat diseru mengeratkan perpaduan dan persefahaman dengan harapan sambutan Hari Thaiponggal membawa satu permulaan baharu bagi Malaysia MADANI yang lebih aman dan harmoni.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kepelbagaian rakyat adalah kekuatan rakyat yang juga selari dengan tema kementerian iaitu “Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian”.

Foto: FMT

“Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai dalam kalendar Tamil. Ponggal dalam bahasa Tamil bererti “melimpah-ruah.

“Ucapan “Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum” bererti “permulaan bulan Thai membuka peluang baru” sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata, Malaysia adalah sebuah negara kaya dengan pelbagai agama, bangsa, ras dan budaya sekali gus perayaan ini bukan sesuatu yang asing lagi.

image is not available

Foto: FB KPN

“Saya mendoakan semoga tahun ini seluruh rakyat Malaysia diberikan kecerian, kesejahteraan, dan kesihatan yang baik serta rezeki yang bertambah untuk semua. Ponggal Vaalthukal,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Thaiponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang menyambut perayaan tersebut.

“Saya dan seluruh warga kerja Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ingin mengucapkan Selamat Hari Thaiponggal kepada seluruh komuniti Tamil yang menyambutnya di Malaysia bersempena bulan menuai hasil tanaman padi,” katanya.