Bukan Perkara Remeh, Ini Antara Sebab Kenapa Sijil Halal Penting Di Kedai Makan

20 Sep 2023 • 2:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sijil halal memberikan jaminan bahawa produk makanan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang

Bukan Perkara Remeh, Ini Antara Sebab Kenapa Sijil Halal Penting Di Kedai Makan. Pensijilan halal bukan sahaja penting bagi umat Islam di Malaysia, tetapi juga menjadi keperluan industri Food & Beverages (F&B) di seluruh dunia.

Kenapa pensijilan ini begitu penting? Berikut adalah ulasannya.

image is not available
Bukan Perkara Remeh, Ini Antara Sebab Kenapa Sijil Halal Penting Di Kedai Makan

Mempunyai pensijilan halal bermaksud produk anda berkualiti.

Dalam konteks Islam, makanan atau produk yang dianggap “halal” adalah yang mematuhi hukum syariah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Konsep Halalan Toyyibban merangkumi aspek kualiti, kebersihan, dan kesucian, membuat pensijilan ini semakin penting pada peringkat antarabangsa.

image is not available

Pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dianggap salah satu yang terbaik di dunia.

Oleh itu, banyak syarikat dari luar negara berlumba-lumba untuk mendapatkan sijil ini. Ini sekaligus membuktikan bahwa memiliki pensijilan halal adalah sama dengan memiliki piawaian pengurusan yang baik, seperti ISO.

Bukan semua makanan tanpa sijil halal adalah haram. Namun, makanan yang mengandungi bahan haram seperti lemak babi akan tetap dianggap haram. Selain itu, kaedah penyembelihan juga mempengaruhi status halal suatu produk.

image is not available
Bukan Perkara Remeh, Ini Antara Sebab Kenapa Sijil Halal Penting Di Kedai Makan

Penyembelihan yang tidak sesuai dengan hukum Islam juga boleh mempengaruhi kualiti daging.

Kaedah penyembelihan haiwan dalam Islam telah terbukti mempunyai manfaat sains. Ia memastikan darah haiwan tersebut keluar sepenuhnya, yang mengurangkan risiko pertumbuhan bakteria. Ini menjamin daging yang lebih bersih, suci, dan seimbang dari segi nutrisi.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: