‘Bukan play victim’ – Ali Puteh nak bayar hutang Hidayah secepat mungkin

18 Feb 2024 • 8:51 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelawak Ali Puteh sekali lagi memanjatkan rasa bersyukur dapat mengumpul wang dalam masa yang singkat untuk membayar hutang kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Menurut Ali, dia sebelum ini bukan mahu mengelak membayar hutang tersebut. Tetapi dengan kekangan kewangan menyebabkan perkara itu terbantut.

Nafi tuduhan tak berusaha bayar hutang

“Syukur Alhamdulillah, apa yang kita rancang itu menjadi. Niat saya memang nak bayar hutang itu saja. Masyarakat pun dah mula bercakap dari awal (kes ini) lagi. Memang kita nak bayar, bukan kita lari. Cuma (wang) belum mencukupi.

“Netizen dan pihak balu kata saya tak ada usaha nak bayar. Padahal saya sudah usahakan dua kali untuk bayar. Tapi itulah, saya yang bercakap, mana ada orang nak percaya. Bila saya buat live, orang akan cakap macam-macam,” katanya.

Ali yang berkemungkinan mula terasa beban dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang dianggap tidak berasas itu akhirnya tampil membuat keputusan untuk menjual beberapa harga peribadinya bagi menyelesaikan hutang tersebut.

“Jadi saya berbincang semula dengan isteri, apa kata kita jual saja apa barang berharga yang kita ada supaya jumlah itu cukup. Selepas itu kita bayar habis (hutang tersebut).

“Mula-mula duduk termenung, sayang barang-barang semua sebab benda itu bukannya kita curi. Tetapi saya fikir itu semua duniawi. Kalau kita mati pun benda itu tak dibawa.

“Saya tengah kumpul duit, tetapi benda itu memaksa kita untuk cepat (bayar). Saya jualkan semua barang itu untuk lepas bayar (hutang). Selepas itu saya boleh berniaga dengan senang. Tiada lagi bergaduh dalam live, tiada lagi orang yang mengata, kita boleh fokus berniaga,” ujarnya.

Ali nafi cetus publisiti murahan

Malangnya, ada segelintir netizen pula mendakwa Ali hanya sekadar mahukan publisiti murahan. Lebih-lebih lagi selepas video isterinya, Melati Fitri, menangis dalam video tular.

Menggulas mengenai dakwaan itu, Ali menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan, sudah tentu seseorang itu berasa sedih apabila barang kesayangannya.

“Niat saya (jual barang berharga) bukan nak bergaduh, play victim, yang tunjuk sedih menangis, bukan. Kita jual barang yang kita sayang kan? Kita terpaksa lepas, sebab masa nak mendapatkan benda itu dulu bukannya senang.

“Orang boleh tuduh macam-macam tapi hanya Allah sahaja yang tahu niat Saya. Tetapi kalau masih ada yang berkata demikian, saya pun tak tahulah. Terpulanglah kepada mereka nak cakap apa,” katanya.

Berapa jumlah hasil jualan?

Dalam temubual bersama Melodi, Ahad, 18 Februari 2024, Ali mendedahkan dia tidak memperolehi keuntungan dari penjualan tersebut.

“Kalau ikutkan harga, itu adalah jualan rugi. Cuma niat saya, saya tak fikirkan rugi itu. Asalkan hasil jualan itu sudah cukup untuk saya membayar (hutang itu) saja. Saya dah tak fikir itu semua.”

Bila nak bayar hutang Hidayah?

“Kalau boleh kita nak buat pembayaran secepat mungkin. Cuma buat masa ini saya tengah berniaga apa semua. Tengoklah dalam seminggu dua minggu ini (akan buat pembayaran). Tetapi yang penting, duit itu sudah ada di tangan.”

“Kepada masyarakat di luar sana, saya ucapkan terima kasih kerana masih ada yang mendoakan saya. Terima kasih juga kepada mereka yang memberi sokongan kepada perniagaan kecil saya.

Sumber: YouTube Melodi

“Yang mana saya terlebih kata dan marah, saya mohon maaf dan keampunan. Mungkin selepas ini ada sinar untuk saya.

“Kalau jumpa saya di luar dengan muka serius, itu maksudnya saya tengah serabut nak memikirkan beli petai. Kalau jumpa saya senyum, maknanya sales kita tinggi,” ujarnya.