“Bukan Rekaan, Anak Kami Betul-Betul Sakit” – Isteri Pelakon Aman Graseka

Family & Parenting
5 Mar 2024 • 4:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memetik Berita Harian, isteri kepada pelakon Aman Graseka memaklumkan bahawa dakwaan anak mereka yang berusia 3 tahun ditidurkan akibat sakit adalah benar dan bukan palsu.

Anak kedua hidap sawan

Menurut Reena, anak kedua mereka yang berusia 3 tahun itu sudah empat hari ditidurkan selepas diserang sawan sejak Jumaat yang lalu.

Anak kami sakit, bukannya rekaan. Kami terkejut apabila ada laporan mendakwa kami menghantar pesanan kepada Sharifah Shahirah meminta bantuan.

Shiera memaklumkan melalui radio (Suria FM) meminta orang ramai mendoakan anak kepada Aman kembali sihat, tetapi bukan minta bantuan.

image is not available

Ujarnya, sejak tular mengenai kisah mereka anak beranak dengan isu ‘scammer’, ramai orang sudah tidak percayakan mereka apabila perkara seperti itu berlaku.

Nafi minta bantuan

Katanya lagi, anak mereka mengalami sawan akibat strok haba berikutan cuaca di Kedah yang sangat panas.

Disebabkan anak saya tidak beri tindak balas, doktor maklumkan kepada kami anak terpaksa ditidurkan sebab takut jangkitan kuman merebak ke kepala.

Jadi, kami putuskan untuk tidurkan anak dan bawa ke HSB. Ketika ini, anak masih ditidurkan agar dia dapat berehat. Namun, saya tegaskan, kami tiada minta bantuan Shiera.

Reena dan Aman ada meminta bantuan kerajaan negeri bagi membiayai kos penginapan kerana mereka perlu berada di Alor Setar dan dibenarkan menunggu anak di ICU hospital tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amangraseka89reena (@amangraseka68)

Sebelum ini, Shiera ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai kesusahan yang menimpa Aman dan meminta bantuan agar pelakon itu tidak lagi meminta bantuan wang daripada rakan industri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

"Anak Sedang Ditidurkan Di Hospital" - Kembali 'Menganggu', Isteri Aman Graseka Minta Sharifah Syahirah Bantu Anak Sedang Sakit Pula