Bukan ritual agama: JPN bidas dakwaan mengelirukan berkait isu perkahwinan Akta 164

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 1:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Bukan ritual agama: JPN bidas dakwaan mengelirukan berkait isu perkahwinan Akta 164

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil membidas sebarang percubaan memutar belit fungsi pendaftaran perkahwinan sivil, sambil menegaskan pengupacaraan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) langsung tidak menceroboh peranan tokoh agama mahupun ritual keagamaan.

Dalam kenyataan tegas hari ini, JPN menjelaskan bahawa proses tersebut merupakan tanggungjawab sivil murni yang dilaksanakan secara ketat mengikut lunas undang-undang negara demi menjamin status perkahwinan bukan Islam diiktiraf secara sah.

"Setiap agama mempunyai upacara, adat dan amalan perkahwinan masing-masing, sama ada Buddha, Kristian, Hindu atau agama lain manakala pelaksanaan ritual keagamaan merupakan urusan penganut dan pemimpin agama berkenaan.

"Dari sudut undang-undang negara pula, perkahwinan pasangan bukan Islam yang tertakluk kepada Akta 164 hendaklah dilaksanakan dan didaftarkan mengikut peruntukan yang ditetapkan bagi memastikan status perkahwinan diiktiraf secara sah," tegas JPN.

Menurut jabatan itu, Akta 164 memberi kuasa rasmi kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan yang dilantik untuk mengupacarakan serta mendaftarkan perkahwinan sivil, sama ada di pejabat JPN, rumah ibadat atau persatuan yang diluluskan.

JPN turut memberi amaran keras kepada pihak tertentu supaya tidak sengaja mencetuskan tiupan isu sensitif berasaskan maklumat tidak tepat atau mengelirukan masyarakat.

"Semua pihak perlu menghormati peruntukan undang-undang negara dan tidak menjadikan perbezaan antara urusan sivil dengan amalan keagamaan sebagai asas kepada penyebaran dakwaan yang tidak tepat," jelas kenyataan itu lagi.

Menurut JPN, pematuhan sivil ini sangat krusial bagi memelihara hak undang-undang pasangan, pemeliharaan nasab anak-anak serta perlindungan institusi keluarga.

Kerajaan, tegas JPN, kekal komited mempertahankan kebebasan beragama dan kepelbagaian adat, di samping memastikan pendaftaran perkahwinan sivil dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan perlembagaan. - 18 Oktober, 2026

The post Bukan ritual agama: JPN bidas dakwaan mengelirukan berkait isu perkahwinan Akta 164 appeared first on Scoop.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved