Bukan RM10 juta, Zuraida hanya perlu bayar RM100,000 kepada PKR

LocalPolitics
11 Dec 2024 • 11:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zuraida (empat dari kiri) hadir ke Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, bagi keputusan rayuannya terhadap keputusan yang memerintahkannya membayar RM10 juta kepada PKR.

PUTRAJAYA - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin hanya perlu membayar RM100,000 berbanding RM10 juta, berhubung perlanggaran syarat bon parti itu.

Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk See Mee Chun memutuskan demikian selepas membenarkan sebahagian daripada rayuan Zuraida untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar RM10 juta.

Ketika membaca keputusan berkenaan, Mee Chun yang bersidang bersama Hakim-hakim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata, jumlah RM10 juta tidak munasabah.

Dalam prosiding ini, peguam, Tan Sri Azhar Azizan Harun hadir mewakili Zuraida sementara peguam, Ranjit Singh bagi pihak PKR.

Pada 23 Jun 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Akhtar Tahir memerintahkan bekas Ahli Parlimen Ampang itu membayar RM10 juta selepas memutuskan bahawa bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat.

Pada 2020, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagi pihak parti yang memulakan saman, dengan mendakwa Zuraida melanggar syarat bon yang telah ditandatanganinya.

Zuraida dalam pembelaannya mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan parti itu untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

AKAN MENYUSUL