Di bulan Ramadan, pastinya ramai yang menantikan menu juadah berbuka puasa yang boleh dikongsikan. Selain menantikan resepi yang akan dikongsikan oleh pempengaruh Khairul Aming, menu sahur dan berbuka puasa usahawan ini dan keluarganya juga dinantikan netizen.
Usahawan salon terkenal Ridzokumura yang berkahwin dengan wanita berasal dari Jepun sentiasa memuat naik hantaran menu berbuka puasa bersama anaknya. Apa yang mengkagumkan, menu yang dihidangkan oleh isterinya ketika waktu sahur dan berbuka sangat menarik perhatian.
Selamat bersahur kawan2
Walaupun makanan yang dihidangkan rata-ratanya merupakan menu makanan Jepun, namun netizen memuji kerajinan isterinya yang seawal jam 2-3 pagi sudah mula bangun untuk menyiapkan juadah untuk sahur.
Dalam setiap hantaran, Ridzokumura yang juga merupakan bapa saudara kepada selebriti Zarina Zainuddin akan meminta anaknya Sky untuk memperkenalkan menu-menu yang dimasak oleh ibunya. Telatah Ridzokumura juga mencuit hati netizen apabila dia bercakap menggunakan loghat Perak.
Setiap hantaran yang dimuatnaik bukan sahaja menarik perhatian netizen, malahan KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan rasa kagum dengan kerajinan isteri Ridzokumura.
Selamat berbuka puasa kawan day 3

“Rajinnya isteri dia. Sedap sangat nampak, tapi saya kena ada sambal belacan,” komen Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Walaupun kelihatan Sky mengantuk ketika dipanggil bersahur, namun dia menikmati makanan yang dihidangkan oleh ibunya dengan penuh selera.
Sumber: Ridzokumura
The post ‘Bukan saja cantik, tapi rajin!’ – Netizen kagum kerajinan isteri Ridzokumura hidangkan menu sahur & berbuka ala hotel appeared first on The Reporter.



![“Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)