“Bukan Saja Khemah Biru, Semua Khemah Dilarang Pasang Di Kawasan Pantai Port Dickson” – MPPD

LocalTravel
3 Feb 2025 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, ramai pengunjung yang meluahkan rasa lega apabila pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) tidak lagi membenarkan ‘khemah biru’ berada di kawasan pantai.

Sebarang khemah tidak boleh ada di kawasan pantai

Tetapi yang terbaru, kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan arahan menyeluruh pihak berkuasa itu melarang sebarang khemah berada di kawasan 11 pantai daerah ini.

Kini, MPPD semakin aktif mengawasi kawasan 11 pantai tersebut bagi menguatkuasakan larangan buat pengujung memasang sebarang khemah di kawasan pantai sesuka hati.

image is not available

Difahamkan, sebarang khemah tidak dibenarkan dipasang di kawasan pantai dan diminta untuk segara dibuka atau akan berdepan dengan sebarang tindakan.

Ramai nak boikot, tindakan tak masuk akal

Hal tersebut telah mendatangkan rasa marah di kalangan netizen, di mana rata-ratanya merasakan tindakan itu tidak masuk dek akal dan mahu boikot bercuti di Port Dickson.

image is not available

image is not available

Bahkan, ramai turut merasakan tindakan ini seolah-olah menyusahkan pelancong meluangkan waktu cuti di kawasan pantai berkenaan.

image is not available 3 months ago

Tiada Lagi Khemah Di Pantai Port Dickson Bermula 18 November