“Bukan Satu Tapi Banyak” – Pelanggan Dah Habis Makan Baru Perasan Dalam Ayam Banyak Ulat [Video]

LocalFood
20 Apr 2023 • 2:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Isu makanan berulat dijual kepada pelanggan bukanlah sesuatu yang baru lagi di Malaysia, malah sehingga hari ini perkara sedemikian masih lagi berlaku.

Hal ini kerana terdapat segelintir peniaga atau pengusaha restoran yang tidak bertanggungjawab dan mengambil mudah terhadap kebersihan dan kualiti makanan demi meraih untung yang banyak.

Malah ada juga yang sanggup menjual semula lebihan makanan yang tidak terjual pada hari sebelumnya demi mengelakkan kerugian.

Pelanggan terkejut, baru sedar makanan yang dimakan tidak bersih

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menunjukkan beberapa orang pelanggan di sebuah restoran seakan tercengang dan berasa jijik setelah mengetahui makanan yang telah dijamu tidak bersih.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shamkapt, kelihatan beberapa pinggan makanan yang sudah dimakan ditinggalkan di atas meja.

“Ingatkan bising-bising kenapa, rupanya mereka terkena, dah nak habis makan baru perasan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam ayam goreng ada banyak ulat masih hidup

Lebih menjijikkan, ketika si perakam meminta salah seorang pelanggan menunjukan buktinya, ternyata terdapat banyak ulat berwarna putih di dalam ayam goreng yang telah dijamah oleh mereka.

Dalam video sama, kelihatan juga ulat-ulat berkenaan masih berada dalam keadaan hidup dan bergerak-gerak di dalam isi ayam tersebut

Pelanggan lain turut menjadi mangsa

Kejadian tersebut tidak hanya berlaku kepada seorang pelanggan sahaja, malah pada masa yang sama terdapat beberapa pelanggan lain turut menjadi mangsa.

@shamkapt

ingatkan bising bising kenapa, rupanya mereka terkena, dah nak habis makan baru perasan,..#fypmalaysia #KKM #MPPJ #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound – Sham Kapt – Sham Kapt

Pemilik akaun TikTok ini juga, memuat naik beberapa lagi video berasingan yang menunjukkan keadaan ayam goreng dipenuhi oleh ulat hidup yang lebih jelas.

Rata-rata netizen berasa geli

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa geli setelah melihat beberapa siri video yang dikongsikan itu.

Malah segelintir netizen juga menasihati orang ramai agar sentiasa memeriksa makanan terlebih dahulu sebelum memakannya terutamanya di restoran yang beroperasi 24 jam.

“Kalau ada ulat ayam tu dah busuk”

image is not available

“mesti ayam tak simpan panaskan balik”

image is not available

“Sihat-sihat ye ulat dia”

image is not available

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Source: