Bukan Sekadar Angan-angan, Abang Jo Serius Impikan Pembangunan Sibu Seperti Amsterdam

28 Jan 2023 • 6:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini bukan main-main- Abang Jo

Bukan Sekadar Angan-angan, Abang Jo Serius Impikan Pembangunan Sibu Seperti Amsterdam. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menegaskan kembali kesungguhan kerajaan dalam mengubah Sibu menjadi serupa dengan Amsterdam di Belanda.

Secara teknikalnya, beliau merujuk kepada fakta bahawa Amsterdam terletak di bawah paras laut, manakala Sibu mempunyai banyak kawasan rendah yang terdedah kepada banjir.

image is not available
Bukan Sekadar Angan-angan, Abang Jo Serius Impikan Pembangunan Sibu Seperti Amsterdam. Kredit: Dayak Daily

Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan Sarawak agar membangunkan Sibu dengan menggunakan teknologi yang sama digunakan oleh Amsterdam.

“Di Belanda, Amsterdam berada di bawah paras laut tetapi Sibu berada di bawah paras sungai. Kita perlu mendapat bantuan daripada pakar antarabangsa untuk membantu kita membuat penelitian bagi membangunkan bandar Sibu.

“Ini bukan main-main (Ini bukan gurauan). Sebenarnya saya telah memperuntukkan dana yang agak besar untuk memulakan (projek) pembaharuan bandar ini,” katanya semasa majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Majlis Perbandaran Sibu (SMC) yang disiarkan secara langsung oleh Unit Komunikasi Awam (Ukas) Sarawak di Facebook hari ini.

Sibu bakal miliki sistem terusan sendiri persis Amsterdam

Pada 1 Julai tahun lepas, Abang Johari mengumumkan bahawa Sibu akan menjadi seperti Amsterdam dengan mempunyai sistem terusan tersendiri di bandar itu.

image is not available

Pada masa sama, Abang Johari memaklumkan projek itu adalah sebahagian daripada Program Pembaharuan Sibu dalam jangka panjang yang akan bermula dengan pembangunan di Bukit Assek.

Sarawak wajar contohi Singapura

“Singapura pada asalnya merupakan pulau berpaya, namun bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berjaya mengubah Singapura kepada keadaan hari ini, tidak ada sebab mengapa kita (Sarawak) tidak boleh mengubah Sibu yang berpaya,” tambahnya.

Selain itu, Abang Johari menyebut Sibu akan dihubungkan dengan jalan baharu melalui Batang Igan dan sehingga ke Jalan Pesisir Sarawak sebagai alternatif kepada Lebuhraya Pan Borneo.

image is not available

Lebuhraya tersebut juga dilengkapi dengan penempatan baharu di sekitar kawasan Kemuyang sehingga ke jalan berhampiran Kampung Nangka, manakala Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima akan dinaik taraf.

Baca lagi artikel terkini:

View Original Article