Bukan sembang kosong! Fadhli Shaari puji Akmal Saleh letak jawatan EXCO Melaka

LocalPolitics
15 Jan 2026 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, memuji tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, yang meletakkan jawatan sebagai EXCO Melaka.

Tindakan itu dibuat kerana Akmal Saleh enggan bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan.

“Tahniah, inilah anak jantan. Bukan sembang kosong!”tulisnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

image is not available

Fadhli Shaari puji Akmal Saleh letak jawatan

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini, Akmal Saleh mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang disandang sejak April 2023, berkuat kuasa minggu depan.

image is not available

image is not available

Artikel lain: Akmal Saleh umum letak jawatan Exco Melaka – “Saya akan lawan DAP habis-habisan!”

Bagaimanapun, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan, beliau akan tetap mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana mahu menentang DAP habis-habisan.

Beliau turut memohon kepada Presiden UMNO agar parti itu buka pintu kepada mereka yang masih sayang kepada parti walaupun mereka sedang digantung atau telah dibuang.

Sumber: FB Fadhli Shaari