“Bukan Semua Orang Jenis Penyabar..” – Diana Danielle Terima Mesej Lucah Di Media Sosial, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Entertainment
21 May 2024 • 12:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, aktres jelita Diana Danielle telah tampil memberi peringatan kepada orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada gangguan seksual melalui media sosial untuk mengambil tindakan sepatutnya dan tidak membiarkan hal tersebut terjadi lagi.

Ada akta melindungi orang awam

Menurut Diana, terdapat akta bagi melindungi orang awam daripada menerima gangguan seksual atau dihendap individu tak dikenali di media sosial.

Perkara itu boleh digunakan terhadap awak, jadi bila awak tengok gambar atau tengok apa yang seseorang sedang lakukan dan rasa macam nak hantar mesej pelik-pelik atau ugutan, benda seperti itu boleh digunakan terhadap awak jadi berhati-hati.

 

Saya ada screenshot apa dia tulis, cuma malas nak ambil tindakan. Jangan ulangi kesalahan ni, bukan semua orang jenis penyabar ya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Segera ambil tindakan

Dalam pada itu, aktres ini turut berkongsi tangkap layar mesej DM daripada individu yang dimaksudkan dalam hantaran berkenaan. Bukan itu sahaja, Diana juga menggesa mangsa-mangsa gangguan seksual di media sosial ini agar segera mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi diri.

Kalau awak rasa dalam bahaya dan ada orang yang stalking awak atau selalu hantar mesej pelik-pelik, awak boleh bawa perkara ini ke pihak polis.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 months ago

"Semua Bukti Berunsur Fitnah, Lucah & Maki Akan Di'screenshot' Oleh Pihak Peguam Walaupun Dah 'Delete' - Risteena