‘Bukan soal kedudukan atau habuan’ - Anwar

Politics
16 Dec 2022 • 4:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (tengah) semasa Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Kerajaan Perpaduan pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perjanjian persefahaman kerjasama adalah untuk tadbir urus yang baik selain menstabilkan ekonomi.

Menurut beliau, permuafakatan yang telah ditandatangani oleh semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah bukan bertujuan untuk mempertahankan kedudukan atau habuan.

“Ini satu perkembangan yang menarik dan bermakna dalam sejarah politik tanah air dimana kita capai persefahaman dan permuafakatan dengan hala tuju yang jelas.

“Ini tidak boleh dicapai tanpa kerjasama rakan-rakan pimpinan parti bukan sahaja semenanjung, tetapi Sabah dan Sarawak.

“Dengan perakuan yang lebih berdasarkan komitmen dengan prinsip dan dasar, saya ingin jelaskan, dalam memorandum yang disepakti, ini bukan soal kedudukan atau habuan.

“Tetapi prinsip dan dasar yang tertera iaitu tadbir urus yang baik dan juga soal pemacuan pertubuhan ekonomi yang segar dan meyakinkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangami Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Kerajaan Perpaduan, di Bangunan Perdana Putra, di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL