Bukan Spekulasi, Tuduhan Kes Buli Zara Qairina Berdasarkan Bukti – AGC

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 8:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa pertuduhan terhadap suspek dalam kes buli melibatkan arwah Zara Qairina hanya berkaitan dengan perbuatan buli dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian mangsa.

Dalam kenyataan media hari ini, AGC merujuk kepada kenyataan media terdahulu bertarikh 19 Ogos 2025 yang dikeluarkan oleh peguam lantikan ibu arwah, Puan Noraida binti Lamat, mengenai permohonan menangguhkan pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan serta cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina,” menurut kenyataan itu.

image is not available

Tuduhan Kes Buli Zara Qairina Berdasarkan Bukti

AGC juga membidas kenyataan peguam yang disifatkan bersifat spekulatif dan tidak disokong fakta tepat. Semua pertuduhan di bawah Seksyen 507C(1) adalah berdasarkan bukti dan fakta hasil siasatan yang dijalankan.

image is not availableimage is not availableJabatan itu menambah, prosiding inkuis masih perlu diteruskan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.