Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya

LocalCars
23 Jul 2026 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya

image.png

Industri automotif tempatan kembali panas apabila dua keping gambar memaparkan kelibat beberapa unit SUV misteri yang bersalut pelekat penyamaran (camouflage) tular di media sosial baru-baru ini.

Gambar berkenaan, yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Muhamad Shamim, dengan pantas menarik perhatian peminat kereta tempatan yang membuat pelbagai andaian mengenai identiti sebenar jentera tersebut.

Ramai Agak Versi Petrol, Tapi...image.png

Menjengah ke ruangan komen, purata netizen meramalkan bahawa model yang sedang menjalani ujian atas jalan itu merupakan SUV versi enjin pembakaran dalaman (ICE) atau petrol biasa.

Namun, tekaan tersebut mungkin meleset. Jika diamati dengan lebih teliti pada perincian badan kenderaan berkenaan, terdapat port pengecas (charging port) yang jelas kelihatan di bahagian sisi kenderaan.

Petunjuk fizikal ini kuat menguatkan spekulasi bahawa unit yang dikesan itu berkemungkinan besar merupakan SUV elektrik (EV) pertama jenama tempatan,  Perodua QV-E.

Adakah Ini Bayangan EV Pertama Perodua?image.png

Kemunculan unit ujian berstiker penyamaran bersama port pengecas ini memberi petanda bahawa pembangunan kenderaan elektrik tempatan ini semakin giat.

Apa pula komen anda? Kongsikan..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved