Bukan tak bersyukur, Zubir Khan cuma rindu -“Dalam mimpi, saya ada tangan..”

EntertainmentMusic
19 Jan 2025 • 7:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Zubir Khan cuma rindu memiliki tubuh yang sempurna terutama pada bahagian tangan kanannya yang mengalami kecacatan kekal sejak berusia empat tahun.

Pemilik nama Muhammad Zubir Muhammad Ali berkata, dakwaan mengatakan dirinya tidak bersyukur dengan keadaan fizikal ini adalah tidak benar.

Zubir Khan cuma rindu

Sebaliknya, penyanyi berusia 25 tahun itu cuma rindu selepas memuat naik foto suntingan peminat yang memaparkan dia mempunyai sepasang tangan, baru-baru ini.

Menurut Zubir, adalah tidak menjadi satu kesalahan seandainya dia rindu dengan tangan sendiri.

“Saya kongsi gambar itu bukan sebab tak bersyukur tetapi kerana mimpi mempunyai dua tangan.
“Cuma saya rindu (ada tangan). Tidak semestinya kena rindu orang atau benda lain dan tidak salah untuk rindu tangan sendiri.
“Peminat itu baik hati suntingkan foto tersebut, tiada apa pun, cuma rindu tangan saya,” katanya.

image is not available

Ujarnya lagi, dia sentiasa percaya setiap kehilangan pasti akan digantikan dengan perkara lebih baik meskipun pada awalnya menganggap diri tidak berguna.

“Di dunia ini kalau Allah SWT ambil sesuatu, Dia akan gantikan dengan yang lain.
“Dulu saya pernah anggap diri tidak berguna kerana keadaan tangan begini, tetapi sekarang saya boleh buat banyak perkara termasuk memandu kereta dan menunggang motosikal.
“Saya kongsikan kepada semua kerinduan itu. Kalau anggap saya tidak bersyukur, terpulanglah. Kita tidak boleh puaskan hati semua,”katanya lagi.

image is not available

Untuk pengetahuan, Zubir mendedahkan dirinya mengalami kecacatan kekal disebabkan tangan tangannya termasuk dalam mesin kek sewaktu berusia empat tahun.

Sebelum ini, penyanyi lagu Tamil, Oh My Khadhale itu mengundang perhatian ramai apabila berkongsi foto dirinya duduk di atas sebuah kereta bersama tangannya dalam keadaan sempurna.

image is not available

Meskipun hantaran tersebut menerima kata-kata semangat, namun ada segelintir individu mendakwa penyanyi meningkat naik itu tidak dapat menerima kekurangan fizikalnya.

Sumber: Kosmo! Onlline (Nur Emira Saizali)