‘Bukan tujuan content, sekadar kenangan’ – Hafiz Mahamad mohon maaf, perjelas isu bergelut cium hajar aswad

5 Mar 2024 • 11:28 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad dalam satu hantaran terbaharu memohon maaf atas tindakan dan perbuatannya yang bergelut dengan jemaah lain untuk mencium hajar aswad. Tindakan tersebut telah mengundang kecaman ramai.

Video berkenan turut mendapat respon daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli.

Susulan tular isu tersebut, Hafiz juga mengambil keputusan untuk menurunkan rakaman berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“MasyaAllah, saya terima dm semua baik baik. Di social media juga, ada pandangan yang baik dan ada yang sebaliknya. Lihat dan dengar apa yang saya sampaikan.

“Untuk pandangan yang baik, maaf kerana saya take out video tu supaya tidak kita bertelagah pada pandangan selain itu. Pada pandangan sebaliknya, terima kerana berkongsi ilmu pada saya hamba yang lemah ini. Insya-Allah kita terus bersahabat,” tulisnya.

Dia turut menjelaskan video tersebut dirakam bagi tujuan untuk kenangan selain menunjukkan keberanian kepada orang ramai untuk menjejak kaki ke Mekah.

“Bila saya kongsi video itu, sejam… dua jam yang pertama masya-ALLAH saya dapat DM positif. Ada yang kata ya Allah teringinnya nak pergi, ya Allah rupanya situasi dia macam ini, kena bersedia daripada sekarang, fizikal dan mental,” katanya.

Sumber: Hafiz Mahamad

The post ‘Bukan tujuan content, sekadar kenangan’ – Hafiz Mahamad mohon maaf, perjelas isu bergelut cium hajar aswad appeared first on The Reporter.