“Bukannya Suami Kau Tepuk Punggung Kami” – Ifa Raziah

16 Jun 2022 • 1:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tindakan usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM menepuk punggung Ifa Raziah, Datuk Seri Vida dan Che Ta Pot Pet lain mengundang rasa kurang senang netizen. Ramai yang mengkritik perbuatan yang dianggap melampau dan kurang sopan itu.

Lapor Gempak, Ifa Raziah menganggap video itu sekadar untuk bergembira sahaja tanpa sebarang niat buruk.

image is not available

Saya tiada niat mahu video itu mengundang kecaman atau apa. Pada saya ia terpulang kepada individu itu melihat perkara itu sama ada negatif atau positif.

Tambahan pula katanya, apa yang dilakukan mereka sekadar hiburan dan cara mereka bergurau senda.

Saya tak faham mengapa orang mahu mengecam aksi itu. Bukannya suami kau tepuk punggung kami.

Jelasnya lagi, aksi itu dilakukan tanpa sedar dan tak tahu ianya viral.

Kredit: Gempak

+ Baca respon di Facebook dan Telegram Oh!Media.