Bukit Aman Nafi Tahan, Panggil Sanusi 

5 Aug 2023 • 10:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Polis mengesahkan Muhammad Sanusi tidak dipanggil untuk dirakam percakapannya seperti dilaporkan - gambar fail

KUALA LUMPUR --  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapannya, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru dalam satu kenyataan malam ini, berkata, Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah di Kedah tidak melakukan tindakan seperti yang dilaporkan portal berita itu.

"Tindakan mengeluarkan berita tidak sahih sedemikian boleh mendatangkan rasa panik kepada masyarakat ditambah dengan situasi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang dijalankan di negeri berkenaan.

"Berikutan itu, pihak PDRM akan membuat satu laporan polis atas penyebaran berita tidak benar ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta agensi media yang menyiarkan laporan berkenaan untuk membuat permohonan maaf serta menarik balik laporan berita yang disiarkan.

Terdahulu beberapa agensi media dikatakan melaporkan Muhammad Sanusi yang juga calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu ditahan, petang tadi. Getaran. - 5 Ogos 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved