Bukit Aman Panggil Apandi Ali Susulan Laporan Ahli Parlimen Klang

31 Jul 2022 • 8:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohamed Apandi Ali - Gambar Fail Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi memberi keterangan berhubung kes tidak puas hati seorang Ahli Parlimen terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya akan merekod keterangan bekas Peguam Negara itu pada 2.30 petang esok (1 Ogos).

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, media melaporkan PDRM menerima laporan polis dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang tidak berpuas hati terhadap siasatan 1MDB oleh Apandi ketika beliau menjadi Peguam Negara dan mendakwa Apandi menyalahgunakan kuasa melibatkan kes itu. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved