Bukit Aman sahkan Ebit Lew disiasat, 13 saksi dipanggil bantu siasatan

21 Sep 2023 • 9:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pihak Polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengesahkan bahawa personaliti dakwah terkenal, Ebit Lew disiasat berhubung dakwaan lakukan gangguan seksual kepada seorang influencer dari Indonesia dikenali sebagai Mondy Tatto.

Bukit Aman sahkan Ebit Lew disiasat

Memetik laporan dari Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes tersebut akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah seksual.

image is not available

Mondy, Ebit Lew buat laporan polis

Beliau memaklumkan yang Mondy telah membuat laporan polis mendakwa mengalami gangguan seksual oleh personaliti dakwah berkenaan sebelum ini.

Ujarnya, lima hari sebelum menerima laporan dari Ebit Lew yang mengatakan dirinya difitnah influencer berkenaan, Mondy telah membuat laporan polis berhubung hal tersebut.

“Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Ebit Lew telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rogol.

“Setakat ini, wanita warga Indonesia itu masih berada di Malaysia,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

image is not available

13 saksi dipanggil

Difahamkan, seramai 13 orang saksi telah dipanggil berhubung kedua-dua kes setakat ini.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily juga memaklumkan yang pihak polis telah merampas telefon bimbit milik Mondy dan perkara itu dilakukan bertujuan untuk siasatan bagi memastikan maklumat diperoleh sepadan dengan apa yang ada di dalam telefon bimbit Mondy.

“Kita ambil telefon Mondy untuk siasatan kerana memang ada peruntukan undang-undang terhadap tindakan tersebut.

“Apabila kita ambil, ia digunakan untuk siasat sama ada ‘content’ (kandungan) di dalam telefon bimbit dan masa selari dengan laporan dibuat,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, pihak polis telahlah pun merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew pada Selasa.

Rakaman percakapan berkenaan telah diambil di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)