Bukit Aman siasat dua individu kes masuk campur hal ehwal agama Islam

LocalPolitics
4 Jan 2024 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Shuhaily

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap dua individu yang membuat kenyataan berkaitan isu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes tersebut masih dalam siasatan.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi sehingga mengganggu siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan aspek keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan awal bulan lalu.

Susulan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved