Bukit Broga terbakar

17 Mar 2024 • 10:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kawasan Bukit Broga dianggarkan seluas 0.8 hentar dilaporkan terbakar.

image is not available
Pihak bomba kini sedang giat memadam kebakaran.

SHAH ALAM - Kawasan hutan dianggarkan seluas 0.8 hektar di Bukit Broga, Semenyih terbakar dan pihak bomba kini sedang giat memadam kebakaran.

Laporan kejadian itu diterima pada jam 7.39 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan satu jentera FRT dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lokasi kebakaran membabitkan kawasan hutan di atas puncak Bukit Broga.

"Kawasan hutan yang terbakar dianggarkan berkeluasan dua ekar (0.8 hektar) dan kerja memadam kebakaran kini sedang giat dijalankan.

"Buat masa ini, kita belum dapat memastikan punca kebakaran," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial berhubung kebakaran yang berlaku di Bukit Broga yang terkenal sebagai satu daripada destinasi popular untuk aktiviti pendakian.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28