Bukit Tinggi, Janda Baik dilanda fenomena kepala air

12 Feb 2023 • 10:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUANTAN, 12 FEB: Hujan lebat menyebabkan 15 premis perniagaan dan lima rumah di Bukit Tinggi serta Janda Baik di Bentong dekat sini dilanda fenomena kepala air petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Bentong Leftenan (PA) Azizah Husain berkata pihaknya dimaklumkan insiden di Bukit Tinggi berlaku pada kira-kira 6 petang.

“Kejadian berlaku selama hampir sejam dan penduduk mula membersihkan premis perniagaan dan rumah mereka kerana disaluti lumpur yang dibawa kepala air sekitar 7 malam,” katanya ketika dihubungi.

Kerja pembersihan turut dibantu oleh pihak berkuasa termasuk APM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Azizah berkata insiden tidak melibatkan mangsa dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Bentong melalui media sosial memaklumkan laluan FT68 di jalan lama Kuala Lumpur-Bentong berhampiran simpang Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan kerana berlaku runtuhan sepanjang 100 meter.

Orang ramai boleh menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebagai laluan alternatif.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved