Buku takziah digital raja bola sepak Brazil Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia

3 Jan 2023 • 5:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Buku ucapan takziah digital kini disediakan untuk peminat bola sepak Malaysia memberikan penghormatan kepada mendiang legenda bola sepak Brazil Pele

Menurut kenyataan Kedutaan Brazil di Malaysia, buku ucapan takziah itu dibuka mulai Selasa (3 Jan) hingga Sabtu (7 Jan) dan sebarang ucapan takziah hendaklah dihantar ke alamat e-mel: brasemb.lumpur@itamaraty.gov.br .

Pele, satu-satunya pemenang Piala Dunia tiga kali dalam sejarah, meninggal dunia pada Khamis pada usia 82 tahun selepas sekian lama bertarung dengan kanser.

Raja bola sepak Brazil itu menjaringkan ratusan gol sepanjang kariernya. Gerakannya yang lincah serta kelajuannya membantu merevolusikan permainan dan meningkatkan populariti bola sepak di seluruh dunia.

Pada 2000, badan induk bola sepak dunia, FIFA, memilihnya sebagai pemain abad ini bersama-sama bintang Argentina Diego Maradona yang meninggal dunia pada 2020.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved