Buku terbitan negeri laris sepanjang Oktober

9 Nov 2023 • 8:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 9 NOV: Buku terbitan Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) terus mendapat sambutan sepanjang Oktober.

Naskhah berkenaan ialah Gelagat dan Ragam Orang Melayu, Tanpa Ampun: Tiga Tahun Diburu Jepun di Rimba Malaya dan Imam Al-Ghazali: Hayat, Jasa Ilmuwan Ulung dan Menghidupkan Ilmu Agama.image is not available

Turut mendapat permintaan ramai adalah buku berjudul Abu Bakr As-Siddiq: Liku-Liku Hayat dan Pemerintahan Khalifah Pertama, Strategi Rahsia China: Gerak 100 Tahun Atasi Amerika Syarikat, Umar Al-Khattab: Kebijaksanaan Sebagai Pedang dan Apa Itu Tasawuf?

Buku berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal karya Martin Lings atau nama Islamnya Abu Bakar Sirajuddin dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) kekal naskhah paling laris dengan jualan mencecah 25,000 setakat ini.

Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan bukuibde.com

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved