Bulan Bintang Catat Rekod Dunia Guiness Untuk Pelari Maraton Terpantas Berpakaian Tradisional Melayu

TechnologyDigital
25 Apr 2023 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bulan Bintang, salah satu jenama pakaian tempatan kini berjaya mencatatkan rekod dunia Guiness untuk kategori pelari maraton terpantas yang berpakaian tradisional melayu – iaitu baju melayu lengkap bersamping.

Rekod ini dicatatkan pada TCS London Marathon 2023 oleh Mohd Syahidan Bin Alias, mengambil masa 2 jam 49 minit 22 saat untuk rekod larian maraton penuh sepanjang 42.2 kilometer.

image is not available

Selain berbentuk pemasaran, ia juga secara tidak langsung mempromosikan pakaian tradisional Melayu di mata antarabangsa. Sebelum ini, Mohd Syahidan Bin Alias juga turut memegang rekod untuk pelari berpakaian bendera Malaysia, pada tahun 2018 lepas.

image is not available

Disamping usaha pihak Bulan Bintang, pihak Guiness turut berkongsi memperlihatkan pelbagai rekod pelari maraton berpakaian unik dicatatkan pada acara maraton tahunan tersebut, termasuk berpakaian seperti pemain tinju, berpakaian tidur, berpakaian seperti trex, berpakaian lanun, berpakaian seumpama kapal-terbang, dan sebagainya.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved