Bulan Malaysia Sihat Sejahtera realisasi budaya hidup sihat rakyat

LocalHealth & Fitness
12 Sep 2024 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) merupakan suatu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat sihat sejahtera menerusi pembudayaan gaya hidup sihat.

Adun Kunak Datuk Norazlinah Arif berkata, selaras dengan pendekatan seluruh negara dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat, BMSS diaspirasi untuk mengukuh jalinan kerjasama antara rakan strategik, di mana semua pihak, termasuk KKM pelbagai agensi kerajaan lain, swasta, NGO dan komuniti berganding bahu merancang dan melaksana program aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan meluas.

“BMSS yang disambut pada September setiap tahun selari dengan halatuju KKM menerusi Kertas Putih Kesihatan, untuk beralih fokus daripada sick care (penjagaan pesakit) kepada health care (penjagaan kesihatan),” katanya ketika merasmikan Program Jelajah ANMS - Sabah Maju Jaya (ANMS-SMJ) dan BMSS peringkat daerah di SK Kunak 2, baru-baru ini.

“Pendekatan promosi pembudayaan hidup sihat, antaranya, bertujuan untuk meningkatkan imuniti badan dalam mencegah dan melawan sebarang jangkitan dan penyakit demi penuaan yang sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved