“Buli Bukan Hanya Di Asrama, Malah Berlaku Di Rumah Ibu Bapa Toksik” – ‘Statement’ Amin Idris Tentang Arwah Zara Dikecam

LocalFamily & Parenting
1 Aug 2025 • 3:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, Malaysia dikhabarkan dengan satu berita mengejutkan selepas seorang remaja 13 tahun bernama Zara Qairina meninggal dunia akibat dibuli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan.

Boleh dikatakan kes arwah menjadi bualan warganet, lagi-lagi hingga ke hari ini si pelaku masih belum dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

‘Statement’ Amin Idris dikecam netizen

Melalui laman Threads, kata-kata pendakwah bebas yang dikenali ramai iaitu Amin Idris mengenai isu ini telah menarik perhatian ramai.

Dapat dilihat dalam tangkap layar yang dimuat naik oleh seorang individu di platform tersebut, Amin seolah-olah mengatakan perbuatan buli bukan hanya berlaku di sekolah tetapi mempunyai ibu bapa yang toksik di rumah turut boleh berlaku perkara tersebut.

image is not available

Susulan mengeluarkan kenyataan sedemikian, Amin Idris teruk dikecam warganet, di mana mereka merasakan statement tersebut keterlaluan, lagi-lagi ketika ini keluarga arwah Zara sedang bersedih dengan pemergian remaja itu.

Bagaimanapun, difahamkan Amin telah pun membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkan dan beranggapan ramai yang salah faham dengan kata-katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amin Idris (@amin_idris)

image is not available 2025-08-01 11:57:54

Ibu Mahu Kubur Arwah Zara Digali Semula & Dibedah Siasat - "Sedih Tapi Demi Dapatkan Jawapan & Keadilan"