‘Bullish’ Emas Menuju $4,200 Selepas Data NFP Lemah

Business & Finance
3 Jul 2026 • 10:02 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

‘Bullish’ Emas Menuju $4,200 Selepas Data NFP Lemah

Harga emas (XAU/USD) meningkat menuju $4,200 pada penutup minggu selepas data pasaran buruh Amerika Syarikat yang lebih lemah daripada jangkaan meningkatkan permintaan terhadap aset selamat.

Pada jam 9.20 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,186 iaitu 1.54% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.

Data Non-Farm Payroll (NFP) yang diterbitkan oleh Biro Statistik Buruh AS (BLS) menunjukkan ekonomi AS hanya menambah 57,000 pekerjaan pada Jun, jauh lebih rendah berbanding jangkaan pasaran sebanyak 110,000 pekerjaan.

Pada masa sama, kadar pengangguran turun kepada 4.2% daripada 4.3% pada Mei. Laporan itu turut mengukuhkan data ADP yang dikeluarkan sehari sebelumnya, yang turut menunjukkan pertumbuhan pekerjaan sektor swasta lebih perlahan daripada jangkaan.

Data pekerjaan yang lemah meningkatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengambil pendekatan lebih longgar terhadap kadar faedah pada tahun ini.

Persekitaran kadar faedah yang lebih rendah lazimnya memberi kelebihan kepada emas kerana logam berharga itu tidak menawarkan pulangan faedah.

Pada masa sama, ketegangan geopolitik terus menyokong harga emas. Menurut Reuters, rundingan tidak langsung antara Amerika Syarikat dan Iran berakhir tanpa sebarang kemajuan ke arah penyelesaian konflik.

Ketidakpastian yang berterusan di Timur Tengah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti emas, sekali gus membantu mengekalkan momentum kenaikan harga logam berharga itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved