Buluh lemang rezeki berganda dua beranak Orang Asli menjelang Aidilfitri (FOTO ESEI)

LocalFood
23 Mar 2025 • 12:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Berbekalkan sebilah parang dan gergaji, dua beranak Orang Asli Suku Temuan Hassan Ruak, 56, bersama anak tunggalnya Adam Hassan, 20, keluar mencari buluh lemang seawal 7.30 pagi menuju ke pinggir hutan sekitar Kampung Sungai Congkak, Hulu Langat.

Ketibaan Ramadan dan Syawal sangat dinantikan kerana membuka peluang kepada mereka meraih rezeki berlipat kali ganda dan tempahan boleh diperoleh sehingga 100,000 batang buluh lemang semusim.

Buluh lemang itu dijual pada harga RM1 sebatang kepada pelanggan terdiri peniaga lemang dari Lembah Klang dan negeri berdekatan. Selain itu, orang persendirian dan perniagaan perkhidmatan sajian makanan juga turut membuat tempahan.

Pengalaman sejak awal 90-an bekerja mencari buluh bersama saudara mara membuatkan kemahiran dan ketelitian memilih buluh sangat mudah. Hassan memilih spesis buluh padi kerana ukurannya yang sesuai dan kulitnya tidak terlalu tebal.

Selain itu, buluh yang dipilih perlu mempunyai saiz corong yang tepat mengikut kehendak pelanggan. Purata dalam sehari hingga jam 5 petang, Hassan dan anaknya mampu mendapatkan kira-kira 1,500 batang buluh lemang.

Jurufoto FIKRI YUSOF merakam aktiviti dua beranak mualaf itu pada 14 Mac 2025 dari mencari, memotong, mengikat, memikul sehinggalah menunggu peraih buluh lemang mengambil pesanan mereka.

 

image is not available
Hassan meredah hutan dan bukit untuk mencari buluh lemang.

 

image is not available
Hassan memilih buluh yang bersesuaian sebelum memotongnya mengikut saiz dikehendaki.

 

image is not available
Hassan membersihkan buluh yang sudah dipotong.

 

image is not available
Hassan meluncurkan buluh yang telah dipotong dari atas bukit

 

image is not available
Hassan bersama buluh lemang yang dipesan pelanggan.

 

image is not available
Hassan dibantu anaknya memotong buluh mengikut sukatan.

 

image is not available
Hassan mengikat buluh lemang yang sudah dipotong untuk dibawa pulang.

 

image is not available
Hassan berehat sebentar selepas seharian memotong buluh lemang.

 

image is not available
Hassan dibantu anaknya mengangkat buluh yang dikumpul di kawasan hutan untuk dibawa pulang.

 

image is not available
Hassan memikul buluh lemang dengan menaiki motosikal untuk penghantaran ke tempat pengumpulan.

 

 

View Original Article