Bumbung Pusat Dialisis, Hospital Lati di Pasir Mas runtuh

6 Feb 2025 • 7:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan bumbung Pusat Dialisis, Hospital Lati, Pasir Mas yang runtuh pada Rabu.

image is not available
Bumbung Pusat Dialisis, Hospital Lati, Pasir Mas yang runtuh pada Rabu tidak membabitkan mangsa.

KOTA BHARU - Bumbung Pusat Dialisis, Hospital Lati, Pasir Mas runtuh dalam kejadian pada Rabu kira-kira jam 11.47 malam.

Komander operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Azmi Husin berkata, mereka menerima panggilan kecemasan melalui Sistem Mers 999 yang memaklumkan terdapat runtuhan bangunan di hospital berkenaan.

Menurut beliau, seramai lapan anggota termasuk pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita dapati memang berlaku runtuhan bumbung membabitkan pusat dialisis hospital itu," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

**media[2996007]**

Beliau memberitahu, bagaimanapun pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang letupan atau pergerakan tanah.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan di dalam bangunan bagi memastikan tiada kebakaran dan secara keseluruhannya situasi berkenaan tidak melibatkan kecederaan individu.

"Kita juga menghubungi Jabatan Kerja Raya untuk pemantauan di kawasan berkenaan," katanya.