Bumi akan menerima kehadiran ‘bulan mini’, bermula 29 September ini

WorldSpace
19 Sep 2024 • 12:40 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Mulai minggu depan, bumi akan menerima ‘tetamu baru’ di langit iaitu ‘mini moon’ atau bulan mini. Bermula dari 29 September hingga 25 November, sebuah objek angkasa yang diberi nama ‘2024 PT5’ yang dipercayai sebagai asteroid oleh para saintis, akan berputar mengelilingi Bumi.

Bagaimanapun, saiz objek tersebut hanya berukuran kira-kira 10 meter dan dijangka sangat sukar untuk dilihat dari permukaan bumi. Namun, kehadirannya tetap dianggap fenomena menarik kerana ia akan mengelilingi bumi hampir dua bulan.

Asteroid ini ditemui oleh NASA pada 7 Ogos lalu dan berasal dari lingkaran asteroid Arjuna, yang berkemungkinan akan kembali meninggalkan orbit bumi.

Para penyelidik berkata, Bumi adakalanya dapat ‘menangkap’ asteriod daripada populasi Objek Berdekatan Bumi (NEO) dan menariknya ke dalam orbit, menjadikannya sebagai bulan mini.

NEO merujuk kepada mana-mana badan, asteroid atau sebaliknya, yang ‘dorongan’ oleh daya tarikan graviti planet berdekatan sehingga mereka berada di kawasan Bumi.

NASA mempunyai programnya sendiri untuk mengesan lokasi dan orbit puluhan ribu asteroid, dengan halaman data untuk setiap NEO, termasuk parameter orbit dan ringkasan pendekatan dekat.

Pengarah Pusat Kajian NEO di Jet Propulsion Laboratory NASA, Paul Chodas berkata, 2024 PT5 mungkin merupakan sebahagian daripada serphan angkasa, hasil daripada impak di bulan, bermakna bulan mini ini mungkin berasal daripada sebahagian bulan. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved