Bunda Corla Buat Pembedahan Wajah, Netizen Kata Mirip Siti Nurhaliza

Entertainment
25 Oct 2023 • 3:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Selebriti media sosial dari negara seberang, Bunda Corla dipercayai telah membuat pembedahan plastik apabila merubah bentuk wajah asalnya.

Buat pembedahan di wajah

Hal tersebut dikongsikan Corla atau nama sebenarnya Cynthia Corla Pricillia di TikTok dengan memuat naik wajah terkini selepas pembedahan.

Bunda Corla mirip Siti Nurhaliza

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah struktur wajahnya yang dikatakan mirip penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hal tersebut dinyatakan netizen di ruangan komen akaun TikTok Corla lebih-lebih lagi selepas selebriti berkenaan berkongsi video klip lagu milik Siti Nurhaliza.

@bundacorlaofficialss

Wajah bunda Corla di bilang mirip Siti Nurhaliza Setelah Tarik wajah.

♬ original sound – Bunda Corla Ratu live Dunia

Bunda Corla dah cantik tapi tetap buat pembedahan

Rata-rata mereka mengatakan yang wajah Bunda Corla sangat berbeza dan memaklumkan wajahnya sebelum ini sudah cantik.

Difahamkan, wanita berkenaan telah melakukan prosedur face lift iaitu dengan cara memotong lebihan kulit sebelum menjahitnya semula bagi kelihatan tegang.

 

image is not available

Dia potong kulit & jahit semula

image is not available

Suka wajah yang lama

 

image is not available

Lebih suka wajah asli

image is not available

Untuk rekod, Bunda Corla merupakan selebriti Indonesia yang terkenal selepas kerap membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.

Dia yang berkerja di luar negara telah menjadi perhatian apabila berjaya menghiburkan penonton dengan celoteh hariannya lebih-lebih lagi tentang kehidupan di Jerman.

Difahamkan, dia adalah pelakon di Indonesia dan agak terkenal pada zamannya sebelum memutuskan untuk berhijrah ke luar negara.

Sumber: TikTok bundacorlaofficialss

View Original Article