Bung diminta patuhi nasihat

LocalPolitics
9 Oct 2024 • 12:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar diminta untuk mematuhi nasihat presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk terus menjaga kerjasama baik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya di Sabah, terjamin.

Menurut Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar, Bung dan penyokongnya terus melakukan provokasi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri.

“Berhenti melakukan provokasi terhadap kepimpinan Hajiji demi kestabilan politik di Sabah memandangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) juga merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zahid menerusi hantaran Facebook selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia, menyatakan perpaduan adalah kunci kepada resepi menghadapi cabaran.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Zulkarnain juga menggesa Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menarik balik pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di seluruh Sabah.

“Ia jelas melanggar peruntukan undang-undang negeri. Dewan Undangan Negeri Sabah sebelum ini telah meluluskan pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah.

“Pindaan itu kini memberi kuasa dan autonomi kepada Kerajaan Sabah untuk melantik dan mengurus pentadbiran jawatankuasa kampung seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Ini bermakna penubuhan JPKKP di Sabah di bawah KKDW jelas bertentangan dengan undang-undang,” tegasnya.

Katanya, GRS dan PH Sabah sendiri telah membantah penubuhan JPKKP tetapi Bung berkeras dengan mengemukakan surat pelantikan kepada wakil di setiap daerah di Sabah.

“Lambat laun tindakan ini akan mengundang ketidakstabilan politik di peringkat akar umbi, malah dikhuatiri boleh mencetuskan pergaduhan kerana sudah pasti akan berlaku pertindihan di peringkat kampung,” jelasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.