Bung minta PDRM, SPRM siasat Adun lompat parti 

Politics
22 Feb 2023 • 1:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Sabah yang sering melompat parti.

Beliau berkata ini bagi menghentikan tindakan tersebut memandangkan ia kerap berlaku di Sabah yang disifatkannya sebagai satu perkara memalukan.

“Di Sabah ini terkenal dengan wakil rakyat dia melompat parti. Dia memasang hasrat bertanding dan menang sahaja dia akan cari peluang di mana sahaja dia boleh lompat untuk dia jadi menteri, untuk jadi pembantu menteri.

“Asal jadi pengkhianat (parti) dapat jawatan, jadi pengkhianat, lompat jadi menteri walaupun tidak layak,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut mempertikai tindakan kerajaan Sabah yang masih belum membentangkan rang undang-undang anti lompat parti sehingga menyebabkan situasi yang sama terus berulang sehingga mencalar integriti negeri itu.

Media hari ini melaporkan lima Adun Umno Sabah mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Turut mengumumkan menyertai Gagasan Rakyat ialah tiga bekas Adun Parti Warisan (Warisan).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.