Bung: PBS tak perlu nasihat kami

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 9:12 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Abbey Junior

Kota Kinabalu: Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) menyifatkan kenyataan Naib Presiden PBS Arthur Sen berhubung kerjasama pilihan raya, sebagai tidak relevan, keterlaluan dan tidak memberi nilai kepada wacana politik matang.

“Saya membaca kenyataan lucu Arthur Sen yang cuba mencabar dan memperlekehkan autonomi Umno Sabah dalam hal ehwal pilihan raya,” kata Bung dalam satu kenyataan, Rabu.

Menurut Bung, Umno Sabah beroperasi dengan autonomi dan kematangan, serta memahami makna perpaduan bukan sahaja di peringkat Persekutuan, tetapi juga di peringkat negeri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kami tidak terburu-buru membuat pengumuman tanpa strategi. Kami tidak terikut-ikut dengan kepanikan lawan — yang semalam bertengkar, hari ini bergambar bersama, esok saling menikam semula,” katanya.

Bung berkata Arthur ialah “pemimpin tidak dikenali” yang tiba-tiba bertindak seperti pensyarah strategi kepada Umno.

“Ini bukan sahaja melucukan, malah menunjukkan satu lagi simptom penyakit politik Sabah — parti kecil yang suka menumpang, tetapi mahu jadi penentu arah.”

“Umno-BN tahu apa yang perlu dilakukan. Kami tidak perlukan sesiapa — termasuk PBS yang hanya ‘menyewa ruang’ dalam GRS — untuk mencabar kami atau memberi nasihat tanpa diminta. Kami tahu bila bertindak, dengan siapa bekerjasama, dan bila perlu berdiri sendiri,” tegas Bung.