Bunting pelamin! Isa Isarb syukur isteri kini hamil selepas 7 hari kahwin

EntertainmentFamily & Parenting
17 Mar 2024 • 1:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh yang juga YouTuber, Isa Isarb meluahkan rasa syukur apabila isteri yang dinikahinya pada minggu lalu kini hamil anak sulung mereka.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman di platform media sosial miliknya, hari ini.

Isteri Isa Isarb hamil, bunting pelamin?

Menerusi hantaran dikongsikan, YouTuber berusia 26 tahun itu dilihat tersenyum dan ketawa gembira sambil menunjukkan kit ujian kehamilan dengan memaklumkan isterinya kini hamil.

Isa berkata, dia terpaksa ‘gelak kuat’ kerana gembira dikurniakan rezeki zuriat secepat yang tidak disangka memandangkan usia perkahwinan yang dibina masih lagi baru.

“Alhamdulillah, tujuh hari. Ish, powerful! Alhamdulillah. Isteri saya beri ini (kit ujian kehamilan), sekarang ni dia pergi beli barang, makanya dia tiada di sini.

“Tapi, alhamdulillah (sambil tunjuk kit ujian kehamilan,”katanya dalam hantaran video berdurasi 30 saat itu.

image is not available

Luah Isa, rezeki yang diberikan oleh-Nya itu jelas menunjukkan Allah amat menyayangi keluarga kecil yang dibina bersama isteri tercinta.

“Jackpot dalam 7 hari, Allah sayang kami!”tulisnya dalam ruangan hantaran di Instagram.

Berkat doa dan bilik bapa sediakan

Meninjau di Instagram Story, dia turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama bapa dan berseloroh dengan mengatakan bilik yang disediakan itu mempunyai ‘kuasa’.

image is not available

Pun begitu, segalanya berkat daripada amalan sedekah yang dilakukannya dan keluarga.

image is not available

Tahniah!

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur, teruja dan tumpang gembira dengan berita kehamilan yang disampaikan oleh Isa Isarab.

Mereka mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar meskipun ada yang seolah-olah tidak percaya isteri Isa sudah hamil.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Tak elok tunjuk awal

Tidak kurang juga ada yang menasihati pempengaruh itu agar tidak berkongsi berita awal kehamilan kepada khalayak ramai kerana banyak kemungkinan bakal berlaku, lebih-lebih lagi kantung janin masih belum kuat dan berdepan risiko keguguran.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Isa dan pasangan! Moga segala urusan bakal ibu bapa ini dipermudahkan.

Sumber: Instagram @isaisarb