Buntu cari kerja, lelaki terpaksa tahan kereta peronda polis, jual jam tangan demi tanggung anak2

6 Dec 2024 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki terpaksa tahan kereta peronda polis (MPV) bagi meminta bantuan untuk membeli jam tangan kesayangannya.

Menerusi perkongsian di TikTok bigredmachine3196, bapa kepada dua orang anak itu menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sedikit wang untuk keluarganya.

Berdasarkan video berdurasi tiga minit 35 saat tu, lelaki berkenana menawarkan sebuah jam yang dibelinya pada harga hampir RM500 dan mahu menjual RM100 sahaja.

Katanya, dia sudah tidak mempunyai pilihan selepas tiada seorang pun mahu mengambilnya bekerja.

“Saya dari pagi sampai petang cari kerja tak jumpa abang.
“Apa kerja pun saya boleh bikin, tapi tak ada satu kedai pun kasi kerja,”luah lelaki terbabit.

image is not available

Lelaki terpaksa tahan kereta peronda polis

Difahamkan, lelaki berbangsa India berkenaan juga mempunyai masalah kesihatan, selain amat memerlukan wang untuk membeli barangan keperluan untuk anaknya yang berusia 12 dan 16 tahun.

Bersimpati dengan nasib lelaki itu, anggota polis berkenaan memberinya wang walaupun tidak membeli jam tangan tersebut.

@bigredmachine3196

Terus berjuang ketua keluarga, Semoga Allah sentiasa melindungimu.. #pdrm #mpvpdrm #fypシ

♬ original sound - FandyFiera - FandyFiera

Terima kasih, tak semua polis ‘jahat’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan mereka turut bersimpati dengan lelaki berkenaan.

Mereka juga berterima kasih kepada anggota polis berkenaan kerana telah menunjukkan contoh terbaik kepada orang awam.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Sehingga kini, video berkenaan telah menerima lebih 600,000 tontonan dan 41,700 tanda suka.

Sumber: TikTok bigredmachine3196