Buntu Nak Hidang Apa? Ini Senarai Makanan Wajib Ada Semasa Hari Raya

Food
20 Mar 2026 • 5:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pejam pelik pejam pelik, 1 Syawal tinggal sehari sahaja lagi. Tapi ada yang masih terkial-kial tak tahu nak masak apa untuk Hari Raya tahun ini.

Ada yang terlupa menu tradisional, ada yang buntu nak sediakan sesuatu yang semua orang suka. Jangan risau, situasi sebegini normal sebenarnya.

Hari lebaran tanpa rendang, ketupat, atau kuih tradisional memang rasa kurang lengkap. Setiap hidangan bukan sekadar makanan, tapi juga pelengkap kenangan atau menghidupkan nostalgia Syawal terdahulu sambil berkumpul dan bergelak tawa.

Kalau masih tercari-cari inspirasi, di bawah kami sediakan senarai 10 hidangan wajib atau sinonim yang pasti ada di meja semasa Hari Raya.

Dari yang klasik hingga kegemaran ramai, hidangan ini pasti buat open house atau jamuan keluarga anda lebih meriah dan tidak dilupakan.

#1 Ketupat

image is not available

Makanan simbolik dan wajib setiap kali raya, baik ketupat palas atau ketupat bawang! Teksturnya yang lembut dan dimakan pula bersama lauk seperti rendang daging ayam mahupun masak merah memang sesuai jadi pembuka selera.

#2 Lemang

image is not available

Dimasak perlahan dalam buluh di atas bara api, lemang mempunyai aroma yang harum daripada daun pisang yang membalutnya.

Teksturnya lembut dan sedikit berlemak, sesuai dimakan terus atau dicicah rendang. Setiap gigitan membawa nostalgia Syawal di kampung, sambil semua orang berkumpul menunggu makanan siap.

#3 Rendang

image is not available

Tak kisah ayam atau daging, rendang adalah “raja” di meja raya.

Dagingnya dimasak lama dengan santan dan campuran rempah, menghasilkan rasa pekat, pedas dan wangi yang memukau. Aroma rempah yang naik ke hidung serta tekstur daging yang lembut membuatkan semua orang tak sabar untuk tambah nasi berkali-kali.

#4 Lontong

image is not available

Hidangan berkuah yang cukup popular terutama waktu pagi raya atau rumah terbuka.

Sayur lodeh yang lemak-lemak manis, dicampur dengan nasi impit yang lembut, dan ditambah sambal kacang pedas, menjadikan lontong hidangan yang mengenyangkan tapi tetap ringan. Sesuai untuk mereka yang nak makan awal sebelum memulakan open house.

#5 Nasi Impit

image is not available

Alternatif lebih mudah berbanding ketupat, nasi impit dipotong dan disusun cantik di pinggan. Biasanya dimakan bersama kuah kacang, rendang atau ayam masak merah.

Teksturnya kenyal tapi lembut, dan kerana rasanya neutral, ia serasi dengan hampir semua lauk raya.

#6 Kuah Kacang

image is not available

Makanan yang nampak simple tapi kalau tiada kuah kacang, rasa tak lengkap makanan lain seperti sate, lontong dan nasi impit.

Rasa kacang yang manis, berlemak, dengan sedikit pedas, bila disiram ke atas hidangan lain, menjadikan setiap suapan lebih lengkap. Aroma kacang yang digoreng harum pasti buat perut mula berbunyi!

#7 Sate

image is not available

Hidangan kegemaran ramai, terutama masa open house. Daging yang diperap dan dibakar ini memang cepat habis bila dihidang panas-panas.

#8 Ayam Masak Merah

image is not available

Lauk yang cukup popular untuk tambah warna dan rasa di meja raya. Ayam yang digoreng garing kemudian dimasak dalam sos tomato manis-pedas ini sesuai dimakan bersama nasi putih, ketupat atau nasi impit. Aroma dan warna merahnya memang buat mata dan selera teruja!

#9 Kuih Raya Tradisional

image is not available

Dari tart nenas, kuih bangkit hingga semperit, kuih raya sentiasa menjadi kudapan wajib. Teksturnya pelbagai—ada yang rangup, ada yang lembut—dan manisnya yang tidak terlalu melampau sesuai untuk minum petang. Selain rasa, ia juga membawa nostalgia kanak-kanak yang suka makan sambil bermain di rumah nenek.

#10 Kek dan Biskut Moden

image is not available

Selain kuih tradisional, kek dan biskut moden seperti brownies atau cookies juga makin popular sebagai pilihan tambahan.

Minum pula dengan air sirap limau atau oren sejuk, memang terasa umph!!

Jadi selesailah 10 hidangan yang sinonim dan wajib raya semasa Hari Raya atau rumah terbuka Aidilfitri. Kalau ada menu yang kami terlepas, komen pada ruangan kapsyen di media sosia kami ok?

View Original Article