Bunuh rakan: 13 pelajar KVLD bakal ketahui nasib 28 Februari

LocalPolitics
4 Feb 2025 • 9:22 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 28 Februari tahun ini untuk pendengaran keputusan sama ada 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), yang didakwa membunuh seorang pelajar Bioteknologi.

Hakim Datuk Duncan Sikodol menetapkan tarikh itu pada Isnin apabila kes itu dihadapkan untuk penghujahan daripada kedua-dua pihak menerusi zoom.

AdvertisementPihak pendakwaan telah menutup kesnya pada 9 Disember 2024 selepas memanggil 25 saksi sepanjang 12 hari perbicaraan, yang bermula 19 November 2024.

Saksi termasuk pengarah KVLD, warden kolej, ibu mangsa, seorang paramedik, pakar patologi forensik, pegawai kimia, empat pegawai polis, serta 13 pelajar saksi, termasuk 10 yang bawah umur dan tiga lagi berusia 19 dan 20 tahun.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more 13 pelajar itu, berumur antara 16 hingga 19 tahun, didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Kolej Vokasional Lahad Datu antara jam 9 malam pada 21 Mac 2024 hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Lapan daripada 13 tertuduh itu diwakili peguam Kamarudin, Datuk Ram dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi masing-masing diwakili oleh Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P. Kang, Kusni Ambotuwo, dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abdul Latif, bersama TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri.