Bunuh: Rakyat Filipina diperintah bela diri

12 Jan 2024 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang rakyat Filipina tanpa dokumen, yang didakwa membunuh pemandu kereta e-hailing di Tuaran lima tahun lalu, diperintahkan membela diri terhadap pertuduhan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim membuat perintah itu ke atas Arsit Indanan, 26, selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya dan memeritahkannya membela diri terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 1 Feb untuk pembelaan Arsit.

Arsit didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam kereta Proton Saga FLX antara pukul 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei, 2019 di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Dia pada 23 Sept 2021 mengaku dibicarakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaoon, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memanggil 23 saksi di peringkat pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Rozana Abdul Hadi mengendalikan pendakwaan manakala peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman mewakili Arsit.

Sementara menunggu perbicaraan pembelaan, Arsit diperintahkan direman kerana pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.