Bunuh remaja: Lelaki dipenjara 35 tahun 

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 36 tahun terselamat daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan pada Khamis meminda hukuman mati ke penjara 35 tahun dan 12 sebatan rotan kerana membunuh seorang remaja perempuan di Semporna tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Noorin Badaruddin selepas mendengar rayuan Alkadzman Maksidi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan kesalahan.

Mahkamah Rayuan telah mengetepikan hukuman mati terhadap perayu dan menggantikannya dengan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan rotan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Alkadzman diarahkan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapannya pada 29 November 2018.

Pada 23 November 2022 Mahkamah Tinggi Tawau telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 29 November 2018 sekitar jam 2.30 petang di kebun mangga, Pulau Gaya, Semporna.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan pindaan terhadap Seksyen 302 mahkamah kini boleh mengenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun kepada pesalah jika tidak dikenakan hukuman mati.

Pesalah lelaki juga hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Terdahulu peguam Mervyn @ Hasan Sainy yang mewakili perayu merayu agar hukuman tersebut digantikan dengan penjara seumur hidup selama 30 tahun.

Beliau berhujah antara lain bahawa berikutan pemansuhan Hukuman Mati Mandatori pada tahun 2023 dan berdasarkan fakta kes semasa keadaan tidak termasuk dalam kategori ‘paling jarang berlaku’.