"Bunyi Di Bawah Permukaan Air" Dikesan Di Lokasi Pencarian Kapal Selam Titan

21 Jun 2023 • 4:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sebuah pesawat Kanada mengesan "bunyi di bawah permukaan air" di kawasan pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic. - Gambar OceanGate

LONDON - Sebuah pesawat Kanada mengesan "bunyi di bawah permukaan air" di kawasan pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic, menurut pengawal pantai Amerika Syarikat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Pesawat Kanada jenis P-3 mengesan bunyi di kawasan pencarian. Oleh itu, ROV (kenderaan yang dikendalikan dari jarak jauh) telah dipindahkan untuk menyiasat asal usul bunyi itu. Pencarian ROV belum memberi hasil positif tetapi akan diteruskan.

"Selain itu, data dari pesawat jenis P-3 ini telah dikongsi dengan pakar-pakar Tentera Laut Amerika Syarikat untuk analisis lanjut dan akan dipertimbangkan dalam rancangan pencarian pada masa depan," menurut pengawal pantai AS menerusi ciapan di Twitter. - Bernama-dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved